• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumpa Mayat Di Sepanjang Laluan Pendaki Himalaya

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATHMANDU – Walaupun operasi mencari dan menyelamat ditamatkan secara rasmi, masih ada pasukan penyelamat tempatan berusaha menggali tanah di sepanjang laluan popular pendaki di Himalaya untuk mencari mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berikutan gempa bumi, 25 April lalu.

Tindakan itu diambil kerana pihak berkuasa percaya masih ada mayat di bawah runtuhan tanah itu selepas perkampungan di situ tertimbus.

Setakat ini, 60 mayat ditemui di Lembah Langtang, sejak gempa bumi dan tanah runtuh 25 April lalu.

Pegawai kanan kerajaan Nepal, Gautam Rimal berkata, daripada jumlah itu, sembilan adalah mayat pendaki warga asing.

“Seluruh kampung dengan kira-kira 60 rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh itu dan mustahil untuk menemui semua mayat yang tertimbus itu,” katanya.

Dianggarkan 200 orang maut di lembah itu dan kampung Langtang terletak kira-kira 60 kilometer ke utara Kathmandu yang menjadi hentian popular untuk pendaki kerana mempunyai pemandangan Himalaya indah.

Angka kematian akibat gempa paling buruk di Nepal dalam tempoh lebih 80 tahun sudah menjangkau lebih 7,500.

Sementara itu, polis Kathmandu berkata, hampir 900,000 penduduk meninggalkan bandar itu dalam tempoh 10 hari lalu.

Jumlah penduduk di sekitar Kathmandu, yang merangkumi bandaraya ini, bandar Lalitpur dan Bhaktapur ialah 2.5 juta.

Keadaan semakin kembali normal di ibu negara Nepal itu tetapi sekolah masih ditutup sehingga 14 Mei. – mStar

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd