• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Diarah Kaji Tempat Duduk Khas Bayi Dalam Kenderaan

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengkaji keberkesanan cadangan mewajibkan pemilik kenderaan menggunakan tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak.

Perkara tersebut dinyatakan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi susulan saranan Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas) sebagai langkah keselamatan bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang juga penumpang kenderaan berikutan tragedi yang mengorbankan tiga nyawa membabitkan Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta anak perempuan mereka yang berusia tujuh bulan Nur Annisa Firuza akibat tercampak dari kenderaan tersebut.

“Candangan tersebut baik dan akan diambil kira bagi menjaga keselamatan anak kecil dalam sesebuah kenderaan.

“Kita akan minta Unit Kejuruteraan JPJ mengkaji dan melihat kesesuaian kerusi bayi tersebut untuk diletakkan di tempat selamat dalam kenderaan,” katanya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Bagaimanapun, tambah Ab. Aziz, perkara itu perlu diperhalusi termasuk kesesuaiannya seiirng pembangunan kenderaan yang seharusnya mewujudkan tempat khas untuk memastikan kerusi bayi berada dalam keadaan selamat.

“Ia perlu selari dengan pembangunan kereta juga, sesebuah kereta perlu ada tempat ikat kerusi bayi agar ia selamat.

“Tidak guna jika hanya meletakkan kerusi bayi tetapi tidak diikat dan boleh tercampak apabila berlaku kemalangan,” ujarnya.

Pada Isnin, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas) Datuk Amarjit Singh Gill berkata adalah penting supaya langkah itu diwajibkan kerana ia mampu menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang duduk di dalam sesebuah kenderaan.

Amarjit berkata, beribu kenderaan dipandu setiap hari dan kanak-kanak daripada bayi sehingga umur lima tahun yang duduk di tempat duduk belakang berhadapan risiko tercampak keluar kerana mereka duduk tanpa memakai tali pinggang keledar.

Dalam kemalangan pada Sabtu lalu, Fairuz, isterinya dan anak bongsu mereka tercampak keluar kenderaan selepas dirempuh Myvi yang dikatakan sedang berlumba.

Fairuz terkorban di tempat kejadian, manakala Nova Safitri dan Nur Firuza meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Semasa kemalangan, ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Putrajaya. – The Star Online

Tags: bayiJPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd