Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pasukan Khas PDRM Banteras...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas banteras...

KPWKM Pandang Serius Isu...

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius kes perkahwinan bawah umur

Gaji Minimum Cuma Naik...

PENGUMUMAN kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 daripada RM1,000 sejak ia diperkenalkan pada 2016...

Fiji Ingin Kerjasama Sektor...

KUALA LUMPUR - Duta Khas kepada Perdana Menteri Fiji, Sir Ratu Epeli Nailatikau...

Sentap! Surat Terbuka Dari Guru Untuk Yasmin Hani..

Baru-baru ini pelakon dan pengacara, Yasmin Hani meluahkan pendapatnya bahawa tindakan merotan murid di sekolah sudah tidak relevan lagi.

Ujarnya, dalam peredaran zaman kini, hukuman tersebut sepatutnya sudah berganti dengan pendekatan lebih rasional seperti komunikasi dan teknik psikologi untuk selesaikan masalah.

Walau bagaimanapun, tindakannya yang dilihat cuba masuk campur urusan guru di sekolah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak terutamanya golongan pendidik.

BACA: Hanya Kerana Salah Sidai Baju, Pelajar Nyaris Buta Dirotan Guru

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

Lantas, seorang guru yang menggelar dirinya Guru XYZ telah menghantar satu surat terbuka buat bekas deejay radio Era itu bagi membalas balik kenyataan Yasmin.

Surat tersebut telah dihantar melalui email kepada portal hiburan Beautifulnara. Nak tahu apa yang dibicarakan guru terbabit dalam suratnya? Nah baca sendiri.

Dear Yasmin Hani,

Firstly, thank you kerana memberi tips dan idea kepada guru how to handle kids nowadays. but let me tell you something dear, bidang ini bukan bidang anda. Anda cuma menjadi mata dan telinga kepada kami namun bukan menjadi kaki tangan hidung siku lutut seorang guru.

Sekiranya anda tidak boleh membantu kami dalam urusan kerjaya kami, maka janganlah mengguris hati kami dengan kata-kata anda. Bukan saya menyokong tindakan guru merotan, namun saya yakin dan percaya, hanya kami yang berada di bidang ini tahu apa yang terbaik untuk murid.

Kami tidak bodoh untuk asyik menghukum dan memarahi anak murid kerana jauh di sudut hati, marah itu kerana kami sayang. Mungkin anda dibesarkan dengan cara barat sehinggakan saya lihat kehidupan anda sekarang juga seperti itu, tapi kami hidup cara timur, caranya pun kena seperti itu.

Saya juga tahu sekiranya saya seorang guru menegur anda di bidang anda secara terbuka, mungkin apa yang kami rasa sama seperti apa yang anda akan rasa. Sesungguhnya, saya harap sekiranya kami diberi peluang untuk menegur anda dan memberikan tips dan idea how to be an IDEAL Malaysian artist, pasti anda juga mengeluarkan kata-kata “you are not in my shoes, not even in my world”.

Sebelum menegur urusan kami, alangkah lebih baik anda mengurus diri anda dulu yang tidak cukup kain berpakaian, yang mungkin menjejaskan akhlak anak anda sendiri. Sesungguhnya seorang murid yang baik itu adalah hasil didikan ibu dan bapa mereka dan apa saja perbuatan dan sifat mereka di sekolah, adalah kerana apa yang mereka lalui di rumah.


Tugas kami mendidik namun yang membantu kami menjadikan seorang murid itu manusia adalah ibu bapa ataupun paling kurang penjaga mereka. Semoga kita saling menghormati dan tidak mengguris hati dengan kata-kata kerana saya yakin anda dan saya mahukan perkara yang terbaik untuk anak dan setiap murid di dunia ini.

Saya mohon maaf sekiranya kata-kata saya menyinggung perasaan anda tapi saya juga menjadi wakil kepada hampir semua guru di Malaysia yang sedikit terasa dengan kata kata Puan 🙂

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Sincerely,
Guru XYZ 🙂

Sememangnya, butir-butir ayat yang disusun individu terbabit dalam suratnya sangat pedas namun tepat.

Bukan menidakkan cadangan Yasmin Hani untuk menggunakan pendekatan lebih sesuai buat murid zaman sekarang, cuma rasanya, molek  Yasmin terlebih dahulu pergi ke sekolah dan membuat kajian dengan lebih terperinci sebelum cadangan tersebut dilontarkannya di media.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Tindakan Merotan Murid Perlu Dikekalkan

1 komen

  1. sy xpernah kene rotan tp penah kene ketuk buku lima tangan dgn duster, blackboard,sakit teramat,,sbb xbuat homework,,tp disbbkan duster tulah sy passed all my exams with flying colours, sampailah grad,,cikgu jasamu ku kenang…:-)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori