• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Rohingya Perlu Diselesai Di Peringkat ASEAN, Dibantu Negara Ketiga

oleh Ahmad Albab
29/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu Rohingya perlu diselesaikan di peringkat ASEAN dan dibantu oleh negara ketiga dan badan antarabangsa.

Beliau berkata amat penting bagi semua negara dalam konteks ASEAN untuk mencari satu penyelesaian bersama.

Katanya negara lain seperti negara ketiga perlu memainkan peranan untuk membantu membanteras permasalahan itu di samping menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Perdana menteri juga berharap badan-badan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan masing-masing supaya masalah kemanusiaan yang begitu serius itu dapat diatasi.

“Baru-baru ini, kita telah dikejutkan oleh penemuan kubur-kubur besar di kem pemerdagangan manusia di sempadan Perlis-Thailand di mana amat jelas bahawa mereka telah didera dan dizalimi dengan begitu kejam sekali.

“Di samping itu, kita juga turut menerima pelarian kaum Rohingya. Akibat itu, Malaysia, Thailand dan Indonesia telah menerima kesan daripada tragedi kemanusiaan ini.

“Demi kedaulatan negara, kita tidak boleh membenarkan orang luar masuk ke sempadan kita dengan begitu mudah,” katanya dalam blog NajibRazak.com.

Bagaimanapun Najib berkata atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan setelah melihat keadaan pelarian Rohingya, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang merana akibat kelaparan, kehausan dan keletihan, beliau telah mengarahkan operasi menyelamat dilakukan di perairan negara. – BERNAMA

 

Tags: Najib Tun RazakRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd