• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Rohingya: Akhbar Thailand Persenda Malaysia

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penemuan tapak perkuburan besar-besaran di Wang Kelian, Perlis baru-baru ini menjadi ‘mainan’ media negara jiran berhubung sikap Malaysia dalam menangani isu pelarian Rohingya dan Bangladesh.

Menerusi lukisan kartun yang disiarkan sebuah akhbar di Bangkok, Thailand, pelukis tersebut mendakwa ‘Malaysia benar-benar memalukan’ susulan penemuan mengejutkan itu.

Imej kartun yang disiarkan akhbar The Nation dikongsi oleh bekas wartawan AFP, Parameswaran Ponnudurai di laman Facebook.

Kartun berunsur provokasi itu memperolok-olokan kempen pelancongan negara dengan meniru logo Year of Festival 2015.

Kenyataan “Don’t visit Malaysia 2015 if you are a Rohingya” dan “Malaysia truly embarrassed” digunakan pelukis berkenaan bagi menggambarkan situasi yang berlaku di utara tanah air.

Turut digambarkan dalam lukisan berkenaan ialah imej seorang anggota polis yang kelihatan berpeluh dan terkejut dengan penemuan beberapa tengkorak manusia dalam sebuah lubang.

Berada di samping anggota polis berkenaan ialah wanita berpakaian tradisonal India, Melayu dan Cina bagi menggambarkan kumpulan etnik terbesar Malaysia.

Pelukis juga cuba menggambarkan bahawa masyarakat dunia kecewa dengan penemuan kubur dan kem pelarian yang dipercayai milik masyarakat Rohingya dan Bangladesh itu.

Di satu sudut lain, kelihatan karikatur seorang lelaki mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata-kata: “Obviously this cartoon is eligible for sedition charges!” (Jelas kartun ini layak untuk didakwa di bawah Akta Hasutan).

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur dan 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Menurut Khalid penemuan kubur itu termasuk satu kawasan perkuburan yang mayatnya sudah reput dan hanya tinggal kulit dan tulang sahaja, dipercayai ditinggalkan tidak sampai dua minggu. – mStar Online

Tags: RohingyaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd