• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Jawapan Melly Goeslow Bila Gaya Hijab ‘Pasu Bunga’ Dikritik

oleh AK-47
19/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan komposer kelahiran Indonesia, Melly Goeslaw menerima kritikan hebat daripada peminat selepas memuat naik gambarnya yang memakai hijab dengan gaya yang pelik.

Gambar yang dikongsi menerusi laman Instagramnya itu mendapat perhatian ramai hingga ada yang melabelkan fesyen hijab pasu bunga ekoran bentuknya yang seakan-akan pasu bunga.

Lebih kecoh apabila ada peminat fanatik Melly yang berdebat sama ada menyokong atau mengkritik fesyen yang dianggap melampau dan tidak bersesuaian.

Bagaimanapun, bintang yang pernah popular menghasilkan soundtrack buat filem Ada Apa Dengan Cinta? dilihat tidak memadam gambar tersebut meskipum dihentam teruk.

Melly yang kemudiannya berkongsi sekeping gambar berserta kapsyen menyatakan dia masih lagi belajar untuk membaiki dirinya menjadi muslimah sejati.

“Saya hanya wanita yang sangat bahagia menutup bahagian-bahagian tubuh saya yang sebaiknya ditutup dan belum memenuhi syarat-syarat seperti wanita berhijab.

“Saya cuma seorang wanita, isteri, ibu dan kawan yang masih belum layak digelar wanita berhijab.

“Harapan di mana kelak saya boleh menjadi wanita solehah yang berhijab, berjilbab, tidak menyanyi, tidak main sinetron, tidak menjadi juri, tidak membiarkan dirinya di lihat orang lain di televisyen ataupun di media lain yang mana boleh mengundang fitnah dan maksiat, tidak main filem, tidak main media sosial dan hanya melakukan hal-hal yang seperti dilakukan isteri-isteri Rasul, ” tulisnya.

https://instagram.com/p/2qNUvkgx3M/?taken-by=melly_goeslaw

 

Kenyataan Melly yang boleh disifatkan mantap dan jelas sekali gus menutup mulut-mulut keyboard warrior yang berhati dengki. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=3DrSqCvsTSc

Tags: Melly Goeslowtudung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Bawal Exclusive Beri Amaran Pihak Ciplak Tudung

12/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive Sdn. Bhd. (Bawal Exclusive) memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada...

Tudung Merdeka Trend Raikan Sambutan Hari Kebangsaan

20/08/2019
0

SHAH ALAM - Trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan baharu terdapat di pasaran sempena Hari Kebangsaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd