Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

GTR AirAsia Perkenalkan Pusat...

SEPANG - Syarikat perkhidmatan pengendalian darat AirAsia, Ground Team Red Sdn Bhd (GTR)...

Masak La Malaysia, Harga...

KEYAKINAN Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed boleh dikatakan ‘memakan diri’ apabila harga...

MAHA 2016 Beri Nafas...

KUALA LUMPUR - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016,...

JDT Juara Piala FA...

Kuala Lumpur : Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan mereka layak digelar sebagai...

Pengasas Bawal Exclusive Beri Amaran Pihak Ciplak Tudung

KUALA LUMPUR – Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive Sdn. Bhd. (Bawal Exclusive) memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menciplak tudung keluarannya untuk meraih keuntungan mudah.

Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri berkata, para usahawan yang ingin menceburi perniagaan seperti ini dinasihatkan mencipta jenama sendiri dan tidak mengambil jalan mudah untuk berjaya.

“Kepada usahawan-usahawan yang baru memulakan perniagaan jenis ini agar mencipta jenama sendiri. Berniaga lah dengan penuh etika, baru berkat dan berjaya.

“Bawal Exclusive bukan duduk diam sahaja, kita ingin lindungi hak dan jenama kita dan apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ambil tindakan, ia menjadi iktibar kepada yang lain semoga perkara ini tidak berulang,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini. 


Sebanyak 1,631 helai tudung berjenama Bawal Exclusive disyaki tiruan dirampas oleh KPDNHEP di sebuah premis di Jalan Langgar di Alor Setar, Kedah semalam selepas menerima maklumat dan aduan daripada pemilik cap dagang berkenaan.

Serbuan oleh KPDNHEP pada hari sama turut dijalankan di kawasan Masjid India di ibu negara dengan merampas 3,270 helai tudung tiruan Bawal Exclusive. 

Nilai rampasan di kedua-dua premis tersebut adalah sebanyak RM73,965.

Kategori