Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

COVID-19: Warga Malaysia Kes...

SINGAPURA - Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan...

Peruncit Rayu Rebat Sewa...

PETALING JAYA - Sekumpulan persatuan peruncit merayu pusat membeli-belah dan pemilik rumah kedai...

‘Malam Ganas’ Melanda Chicago

WASHINGTON – Seramai 44 orang ditembak dan lima orang maut di kota raya...

Pemimpin UMNO Tunggu Giliran...

KUALA LUMPUR - Pemimpin UMNO berkemungkinan perlu menunggu nombor giliran untuk didakwa di...

Imigresen Kedah Tahan 32 Lelaki Warga Asing

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 32 lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan seorang wanita tempatan dalam operasi di sebuah pasar raya di sini petang semalam.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata kesemua PATI berumur antara 20 dan 39 tahun itu ditahan pada 4.45 petang dan didapati tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

Beliau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki warga Nepal, tujuh lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Pakistan yang bekerja sebagai pekerja pembersihan dan am di sebuah pasar raya.

Dua lelaki warga India pula ditahan di sebuah gerai dalam pasar raya berkenaan yang bekerja sebagai penjual minuman, katanya.


“Seorang wanita tempatan berumur 39 tahun turut ditahan kerana melindungi dua PATI India yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Yusri berkata kesemua warga asing itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori