Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Yuna Kerjasama Dengan DJ...

PENYANYI tanah air dan bertaraf antarabangsa, Yuna kini bakal tampil dengan album antarabangsa...

Biarlah PM Tentukan Siapa...

MARANG - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bersikap terbuka terhadap cadangan...

Calon SPM Terpaksa Redah...

BUTTERWORTH - “Kami terpaksa redah banjir kira-kira 200 meter sebelum naik lori untuk...

Sokong Pengganas: Hukuman Penjara...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun...

Imigresen Kedah Tahan 12 Warga Asing Di Sungai Petani

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 12 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi di sekitar Sungai Petani bermula lewat malam semalam sehingga awal hari ini.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata operasi itu tertumpu di Tikam Batu, Bandar Puteri, kawasan perindustrian Bandar Aman Jaya dan Taman Tuanku Haminah di Sungai Petani.

Hasil pemeriksaan terhadap 73 warga asing, pihaknya mendapati 12 warga asing warga Vietnam, India, Thailand,Bangladesh dan Myanmar berumur antara 28 dan 45 tahun telah melanggar peraturan Imigresen.

Daripada 12 yang ditahan itu, enam lelaki dan seorang wanita Vietnam, seorang lelaki Bangladesh, seorang lelaki warga India dan seorang wanita warga Thailand, tidak memiliki dokumen perjalanan sah, katanya.


“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63(Pindaan 2002),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara seorang lagi lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Myanmar pula ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas, kata Mohamad Yusri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori