• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Husam Umum Tidak Bertanding Jawatan Presiden PAS

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengesahkan beliau hanya akan bertanding untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya itu pada pemilihan PAS yang dijadual berlangsung pada bulan depan.

Beliau bagaimanapun memohon maaf kepada ahli PAS yang mencalokannya bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti kerana perlu menolak pencalonan tersebut memandangkan pergolakan yang berlaku dalam PAS.

“Saya memahami hasrat dan keprihatinan mereka terutama terhadap hala tuju perjuangan Islam yang dibawa PAS dalam konteks Malaysia bagi dekad-dekad akan datang.

“Dengan memohon berbanyak maaf kepada semua kawasan dan ahli yang meletakkan harapan besar itu, saya hanya berhasrat menerima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS yang saya sandang sekarang. Saya fahami pergolakan yang berlaku di dalam PAS sekarang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Husam berkata, beliau tetap percaya tonggak kepimpinan PAS adalah kepimpinan Ulama yang soleh, mukhlisin dan muttaqin yang digandingkan dengan semua amilin.

Namun, katanya, kepimpinan PAS perlu bergerak secara berhati-hati daripada terperangkap dengan tipu daya politik lawan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Perlembagaan PAS Fasal 5 Tujuan PAS.

Menurutnya, segala pencapaian PAS hari ini adalah adalah kesinambungan daripada pendekatan, strategi dan kaedah yang telah diputuskan oleh pendahulu kita secara syura pada semua peringkat.

“`Roadmap’ Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Persekutuan dan pendekatan PAS For All bagi memenangi hati masyarakat bukan Islam umpamanya adalah diputuskan oleh jamaah peringkat demi peringkat dan bukan lahir hanya oleh keputusan mana-mana individu.

“Jka matlamat itu difikirkan tidak syarie, jamaah perlu membuat keputusan yang baru dan tidak boleh mana-mana pihak dalam jamaah mengambil sikap untuk menidakkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini,” katanya.

Keputusan Husam tidak bertanding jawatan Presiden PAS bermakna pemilihan kali ini untuk jawatan tersebut akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara penyandang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang.

Ahmad baru-baru ini mengesahkan khabar bahawa beliau akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk merebut jawatan Presiden parti.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Ahmad Awang ketika menghantar borang pencalonan di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut. – mynewshub.cc

 

Tags: husam musaPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd