• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanis Buat Peraduan Untuk Hadiri Majlis Resepsi, Apa Kata Netizen?

oleh AK-47
21/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAZIMNYA majlis walimatul urus atau resepsi diadakan dengan menjemput tetamu bagi mendoakan dan memberkati perjalanan hidup dua insan yang sudah sah menjadi suami isteri.

Tetamu yang dijemput merupakan ahli keluarga, sanak saudara jauh mahupun yang dekat, rakan-rakan taulan dan juga jiran tetangga.

Itu kalau orang biasa yang kahwin, kalau selebriti pula mereka mungkin perlu memasukkan senarai pihak media dan juga peminat dalam senarai tetamu yang bakal dijemput.

Namun begitu, buat peminat setia Hanis Zalikha dan Hairul Azreen anda terlebih dahulu harus membeli produk kecantikan yang diusahakan aktres dan pengacara itu sebelum diberikan akses untuk menghadiri majlis bahagia mereka kelak.

Caranya, anda perlu membeli produk kecantikan Toujours Advanced Collagen seterusnya berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang begitu bernilai iaitu menghadiri majlis perkahwinan pasangan ini.

Hmm, macam ni punya peraduan pun ada ke?

Nak tengok reaksi orang ramai terhadap perkara ini, Mynewshub pun jalan-jalanlah kat Twitter dan ini merupakan sebahagian daripada respons netizen terhadap peraduan yang dianjurkan oleh pelakon cantik ini.

hanis

Macam-macam respon orang beri, ada yang bernada sinis malah tak kurang mengkritik peraduan yang diadakan itu.

Bagi kami, kalau nak menjemput tu biarlah ikhlas, tak perlulah sampai dah nak kahwin pun masih lagi memikirkan strategi untuk melariskan barang jualan kan.

Ironinya, beberapa minggu sebelum itu, Hanis ada berkongsikan tip mengenai senarai tetamu yang perlu dijemput dalam majlis perkahwinannya, tup-tup ada pula peraduan sebegini untuk meraikan pemenang bagi pembelian produk kecantikannya.

haniss

Hmm, apa pendapat anda mengenai hal ini ya?

– MYNEWSHUB.CC

Video Hairul Azreen Melamar Hanis Zalikha Pada Pentas Akhir Gegar Vaganza.

Oleh:  JASMIN

Tags: myArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd