• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST: Pengguna Boleh Buat Aduan Di Pejabat Penghulu

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pejabat penghulu akan dijadikan tempat aduan bagi orang ramai melaporkan jika ada peniaga di kawasan mereka menaikkan harga sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), 1 April lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata kaedah itu selaras arahan kabinet supaya tumpuan pemeriksaan diperluaskan di luar bandar serta pekan-pekan kecil supaya peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga.

“Rundingan sudah diadakan dengan pejabat penghulu untuk melaksanakan langkah tersebut. Sebagai contoh semalam semasa melakukan pemeriksaan di Serian, saya dapati ada pasaraya yang masih menjual barang tanpa menolak SST (cukai jualan dan perkhidmatan) malahan mengenakan GST.

Bayangkan mereka ambil kesempatan dengan kenakan 10 peratus SST dan tambah lagi enam peratus GST,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Alias berkata pihaknya telah mengeluarkan notis kepada pasar raya berkenaan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Alias juga berkata hasil pemeriksaan di Serian yang terletak kira-kira 70km dari sini, pihaknya mengesan sebuah kedai runcit yang tidak mendaftar GST dan tidak mengenakan cukai berkenaan kepada pelanggan tetapi menjual barangan pada harga yang agak tinggi.

“Sebagai contoh, kedai tersebut menjual air minuman dalam tin pada harga RM2.00, sedangkan mereka memperolehinya pada harga RM1.10 daripada pembekal. Kita akan lihat sama ada wujud kes pencatutan dalam isu ini,” katanya.

Alias berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan itu, jelas mendapati masih ada peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan tidak mengikut arahan ditetapkan.

“Mereka ini tamak serta tidak beretika dengan menaikkan harga berniat mengambil untung berlebihan,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/HNz9Ik-ne3g

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd