Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

UTC Kedah Dapat Sambutan,...

ALOR SETAR - Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah nyata mendapat sambutan dan...

Kes Lahad Datu: Hukuman...

PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhi ke atas...

GAMBAR: 10 Lelaki Kacak...

JANGAN tertipu dengan penampilan luaran yang menonjolkan personaliti seorang lelaki bertubuh sasa dan memiliki wajah...

Surcaj Parking Touch N’...

KUALA LUMPUR - Penghapusan caj tambahan 10 peratus kad pembayaran elektronik Touch n’...

GST: 5 Peniaga Akan Didakwa Di Mahkamah Minggu Depan

KUCHING – Lima lagi peniaga akan dihadapkan ke mahkamah minggu hadapan atas dakwaan sengaja menaikkan harga barangan sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), 1 April lalu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad.

Beliau berkata lima kes itu di Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan adalah daripada keseluruhan tujuh kertas siasatan yang sudah siap dan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Lima kes itu akan didakwa di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, kita harap kes ini dapat dibawa ke mahkamah minggu depan selepas cuti panjang ini berakhir.

Untuk makluman juga 34 kertas siasatan lagi hampir siap untuk dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara bagi memutuskan sama ada kes-kes yang disiasat itu boleh didakwa di mahkamah atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan pelaksanaan GST di Pasar Stutong, di sini hari ini.


Turut hadir Pengarah KPDNKK Sarawak Datuk Stanley Tan dan Timbalannya Abd Hafidz A Rahim.

Mengulas lanjut, Alias berkata sejak 1 April sehingga Khamis lalu (30 April), pihaknya sudah melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan di 188,410 premis seluruh negara.

“Daripada jumlah itu sebanyak 735 notis telah dikeluarkan di bawah di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi membolehkan KPDNKK memulakan siasatan. Untuk makluman juga daripada jumlah notis yang dikeluarkan itu, sebanyak 540 kertas siasatan sudah dibuka,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori