Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Beri Dana...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memberi dana sebanyak...

3,400 Bakal Haji Tahun...

BACHOK – Sebanyak 3,400 bakal haji dari Kelantan akan menunaikan ibadah itu pada...

Mobile CTC: Bawa Perkhidmatan...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memperkenalkan Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC)...

Lelaki Curi Telefon Bimbit...

BUKIT MERTAJAM - Seorang penganggur yang cedera parah  dipukul orang ramai kerana mencuri...

Gempar Jumpa Cuping Telinga Ditemui Di Atas Jalan

Yorkshire – Orang ramai gempar selepas sebelah cuping telinga yang ditindik dengan subang berlian ditemui di atas jalan dipercayai milik seorang lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di kawasan berkenaan.

Telinga lelaki itu putus dipercayai akibat digigit.

Polis kini sedang mengesan lelaki terbabit memandangkan sehingga kini tiada pihak yang mengaku bahawa cuping telinga berkenaan adalah miliknya.

telinga2

Pihak berkuasa juga bimbang lelaki itu yang kehilangan sebelah telinga tidak mendapatkan rawatan memandangkan siasatan yang dijalankan mendapati hospital di situ tidak mempunyai pesakit yang kehilangan sebelah telinga.


Dia juga dipercayai kehilangan banyak darah akibat kecederaan tersebut.

Sementara dua lelaki yang bergaduh dengannya telah ditangkap oleh polis.

“Lelaki ini mengalami kecederaan yang menakutkan dan kita bimbang kerana dia masih belum mendapatkan rawatan,” kata ketua Inspektor Ian Thornes.

Beliau turut menggesa supaya saksi yang menyaksikan pergaduhan itu tampil membuat laporan.- Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori