• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kem PLKN Digunakan Penempatan Rohingya

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEMAS – Dua kem Pusat Latihan Khidmat negara (PLKN) di Kedah iaitu Kem PLKN Rimba Taqwa di Sik dan Kem PLKN Rekreasi Belia di Baling akan dijadikan pusat penempatan sementara bagi pelarian Rohingya. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kem itu masing-masing mampu memuatkan kira-kira 400 orang pelarian.

Beliau berkata, penempatan pelarian di kem PLKN merupakan penyelesaian jangka pendek dengan penyelesaian jangka masa panjang perlu direalisasikan bagi mengatasi masalah pelarian Rohingya.

“Bagi (penyelesaian) jangka panjang, Thailand, Indonesia dan Malaysia perlu mencari jalan untuk kongsi bersama penempatannya selain badan antarabangsa termasuk UNHCR perlu memainkan peranan.

“Mereka (badan antarabangsa) perjuangkan hak asasi manusia, tetapi kalau tiada negara yang mengambil mereka (pelarian Rohingya), tak kan Malaysia sahaja yang pikul tanggungjawab untuk pastikan hak mereka (pelarian Rohingya) dibela.

“Tiada gunanya mereka laungkan hak asasi manusia tetapi mereka tidak membantu,” kata Hishammuddin pada sidang akhbar selepas menyaksikan Demonstrasi Kuasa Tembakan Angkatan Tentera Malaysia di Kem Syed Sirajuddin di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Mohd Zin.

Hishammuddin berkata, Tentera Laut Diraja Malaysia juga telah menggerakkan empat kapal dengan kekuatan 350 anggota bagi melaksanakan operasi menyelamat dan memberi bantuan kepada pelarian Rohingya yang kini berada di lautan.

Beliau berkata, kapal itu ialah KD Kasturi, KD Lekir, KD Ledang dan KD Laksamana Tun Abdul Jamil yang ketika ini sedang mempergiatkan rondaan di kawasan yang terlibat dan bersedia memberikan bantuan yang diperlukan kepada pelarian Rohingya.

“Kerjasama melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan dapat menghapuskan kegiatan pemerdagangan manusia merentas sempadan negara terutamnya yang melibatkan masyarakat Rohingya,” katanya.

Menurut beliau, kestabilan geopolitik dan kemakmuran negara pada masa ini perlu dikekalkan kerana jika keadaan negara bergolak, musuh akan mudah mengambil kesempatan terhadap Malaysia yang pada masa itu aset pertahanan canggih pun sudah tidak berguna lagi. – BERNAMA

Tags: PLKNRohingya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rosmah Lihat Lebih Dekat Teknik CPR Di IJN

Next Post

Ops Warta: MTUC Minta Polis Tak Lawat Tempat Kerja

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

Next Post

Ops Warta: MTUC Minta Polis Tak Lawat Tempat Kerja

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd