• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Wan Azizah, Hasan Angkat Sumpah Anggota Parlimen Baharu

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Hasan Arifin masing-masing mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh dan Rompin yang baharu pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bermula hari ini.

Upacara itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan anggota Parlimen yang lain sebaik persidangan dewan bermula.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kembali ke Dewan Rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dengan majoriti 8,841 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi.

Beliau mempertahankan kerusi itu yang sebelum ini disandang Penasihat PKR yang juga suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang hilang kelayakan selepas didapati bersalah dan dijatuhi hukuman lima tahun penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lepas.

Sementara Hasan mempertahankan kedudukan BN di Rompin apabila menewaskan calon PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi. Nazri Ahmad memperoleh 14,901 undi.

Sesi pada pagi ini turut menyaksikan Dr Wan Azizah secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Pandikar mengumumkan perkara itu selepas Dr Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen, mengikut Peraturan Mesyuarat 4a(3).

“Mengikut maklum balas yang saya diterima dan saya berpuas hati dengan maklum balas bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah telah sebulat suara mendapat sokongan anggota Parlimen pembangkang untuk dilantik sebagai ketua pembangkang.

“Anggota Parlimen Permatang Pauh selamat kembali ke Parlimen dan selamat bertugas kembali sebagai ketua pembangkang,” kata Pandikar.

Dr Wan Azizah yang memenangi kerusi Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-12, telah mendapat sokongan Pakatan Rakyat (PR) untuk memimpin pembangkang dalam Dewan Rakyat dari Mac hingga Julai 2008. – BERNAMA

https://youtu.be/aNf9LjsjhNM

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd