• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Ulama PAS Pusat Bagi Alasan Kurang Jentera

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) membayangkan PAS berkemungkinan mencatatkan keputusan jauh lebih baik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin semalam jika kesemuanya jentera pilihan raya parti itu ditugaskan berkempen di kawasan tersebut.

Ketua Penerangan DUPP, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, walaupun PAS tewas dalam PRK tersebut, tetapi keputusan yang dicatatkan satu kejayaan kerana sebahagian tenaga kerja pilihan raya PAS terpaksa dikerahkan ke Permatang Pauh bagi membantu kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Ini adalah satu kejayaan besar bagi PAS di kawasan pengundi majoriti Melayu dalam keadaan sebahagian tenaga kerja pilihan raya PAS dari Perlis, Kedah, Penang dan Perak dibekalkan ke Permatang Pauh,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Barisan Nasional (BN) semalam mengekalkan kerusi Parlimen Rompin selepas calonnya, Datuk hasan Ariffin mendapat 23,976 undi sekali gus menewaskan pencabarnya daripada PAS, Nazri Ahmad yang cuma meraih 14,901 ungi.

Mohd. Khairuddin dalam pada itu menegaskan, kejayaan PAS mengekalkan sokongan di Rompin sekali gus membuktikan bahawa pelbagai isu yang dibawa oleh parti itu termasuk berhubung pelaksanaan undang-undang hudud difahami oleh pengundi Rompin.

Justeru, dakwanya, PAS dalam PRK Rompin tetap menang kerana berjaya meningkatkan sokongan pengundi dalam keadaan BN berhadapan dengan kemerosotan. – MYNEWSHUB.cc

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd