• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Henti Serang Pas Atau Risiko Berpecah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – DAP perlu berhenti menyerang Pas jika tidak mahu melihat pakatan pembangkang berpecah, kata Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, pemimpin DAP terutamanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu berhenti mengkritik Pas kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada pakatan.

“Nasihat saya kalau sayang pakatan, jangan serang lagi pimpinan kita (Pas), ini sebenarnya bukan bawa kebaikan tetapi bawa rebah (kejatuhan).

“Kalau semua saling serang-menyerang dalam pakatan, sah pakatan akan pecah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Rumah Mampu Milik Kelantan di sini, hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang sentiasa mengkritik Pas sejak kebelakangan ini, selain tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keputusan Pas untuk kekal atau sebaliknya dalam pakatan pembangkang juga dijangka diputuskan pada Muktamar Tahunan Pas ke-61 yang berlangsung awal Jun ini.

“Itu (keputusan keluar dari pakatan) tunggu muktamar kerana ia merupakan suara paling tinggi… jadi kita perlu tunggu,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata muktamar berkenaan akan menjadi medan penentu sama ada Pas akan berundur atau terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Muktamar Tahunan Pas akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor. – BERNAMA

https://youtu.be/3sB6EGYSz1I

Tags: Ahmad YakobDAPPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd