• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Tanpa Rekod Penjawat Awam Bagi Urusan Kematian Diperluas

oleh Ahmad Albab
03/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kemudahan cuti tiga buat penjawat awam bagi urusan kematian anggota keluarga terdekat merangkumi suami atau isteri, anak serta ibu dan bapa kandung, diperluaskan kepada ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat serta anak angkat yang sah di sisi undang-undang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemudahan itu yang berkuat kuasa 1 Julai, adalah antara inisiatif kerajaan dalam menambah baik pelaksanaan kemudahan Cuti Tanpa Rekod buat kakitangan kerajaan.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga memutuskan agar Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) meneruskan program saringan kesihatan percuma bagi pekerja sektor swasta yang berumur 40 tahun, dengan menyediakan perkhidmatan bergerak bagi membolehkan pemeriksaan saringan kesihatan diadakan di premis majikan.

Perdana Menteri mengumumkan demikian semasa berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini yang dihadiri kira-kira kira-kira 10,000 orang.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot, anggota Kabinet persekutuan dan negeri, di samping Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda.

Najib seterusnya mencadangkan supaya Perkeso memperluaskan liputan perlindungan keselamatan sosialnya kepada semua pekerja tempatan dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji, dengan siling caruman pekerja yang diinsuranskan ditingkatkan daripada RM3,000 kepada RM4,000.

Perkeso telah melaksanakan program saringan kesihatan percuma bagi pekerja sektor swasta yang berumur 40 tahun dan ke atas sejak 2011.

Pada masa ini, liputan skim keselamatan sosial Perkeso dihadkan kepada pekerja yang bergaji RM3,000 dan ke bawah.

Cadangan ini dijangka memberi manfaat langsung dalam bentuk nilai faedah yang lebih tinggi perlindungan Perkeso kepada tambahan kira-kira 500,000 orang pekerja, daripada 6 juta kepada 6.5 juta orang pekerja.

Semua pekerja dalam sektor swasta akan layak menikmati faedah perlindungan Perkeso secara automatik. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd