• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Culik: K’jaan Diminta Segerakan Penghantaran Aset Ke Sabah

oleh Ahmad Albab
15/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mahu kerajaan persekutuan mempercepatkan penghantaran aset-aset yang diperlukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bagi menghentikan insiden penculikan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan negeri menegaskan Sabah tidak boleh terus dibelenggu dengan kes penculikan.

“Saya (malam tadi) telah menghubungi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak dan telah meminta supaya aset-aset sesuai diperlukan oleh ESSCom diberikan segera.

“Ini penting antaranya meminta Helikopter N3 (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia-APMM) yang ada di Kuala Lumpur dihantar ke Sabah dan juga aset yang sesuai patut diberikan ke Sabah,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan agensi keselamatan di Sandakan di sini, hari ini.

Ia berikutan insiden empat lelaki bersenjata menculik seorang wanita dan seorang lelaki dari Restoran Ocean King, restoran makanan laut, di sini, malam tadi.

Turut hadir dalam mesyuarat itu, ialah Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun, Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Maritim 17 Kapt Maritim A. Razak Abd Rahman dan wakil Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia KD Sri Sandakan Lt Komander Mohd Lokman Nordin.

Musa berkata aset tersebut amat diperlukan dalam mempastikan anggota pasukan keselamatan dapat menjalankan tugas seperti yang diharapkan oleh rakyat dan kerajaan.

Pada masa sama, katanya orang ramai diminta terus memberi maklumat tepat kepada pasukan keselamatan dalam menangani insiden penculikan ini.

Katanya, anggota pasukan keselamatan juga diminta mengambil tindakan segera menangani insiden penculikan.

“Inilah saya rasa penting dan mahu semua pihak bekerjasama menangani masalah ini,” kata Musa. – BERNAMA

Tags: EsscomMusa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd