• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cari Formula Terbaik Selesai Isu GST Kad Prabayar

oleh Ahmad Albab
20/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencari formula terbaik seperti yang diguna pakai di negara lain dalam menyelesaikan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad prabayar telefon, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini bagi memastikan pengguna mendapat nilai terbaik ke atas kad prabayar seperti yang dibayar mereka.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha cari jalan yang terbaik, sistem terbaik yang digunakan di negara-negara lain dalam perkara itu untuk dicontohi.

“Jika kita melihat konsep yang lebih besar apabila pengguna membeli kad prabayar, mereka hanya memindahkan nilai wang biasa ke bentuk wang digital ke dalam telefon bimbit mereka seperti penggunaan kad Touch’n Go misalnya, jika mahu membayar tempat letak kereta (guna Touch’n Go) barulah GST dikenakan,” katanya menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah).

Ikmal Hisham mahu kementerian menyatakan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula GST yang dikenakan ke atas kad prabayar.

Pada 13 Mei lepas, Ahmad Shabery berkata kabinet bersetuju supaya kad tambah nilai prabayar telefon dijual pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.

Beliau berkata GST untuk tambah nilai kad prabayar akan dikenakan atas penggunaan iaitu apabila pengguna menggunakannya dan berpandangan cara ini adalah lebih sesuai kerana kerajaan tidak akan mengambil cukai sebelum perkhidmatan digunakan.

Ahmad Shabery berkata syarikat-syarikat telekomunikasi dikehendaki melaksanakan kaedah dan pendekatan ‘beli RM10 dapat RM10’ sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Bagi mengimbangi kesan pengenaan GST, beliau berkata kementerian telah meminta syarikat telekomunikasi untuk menurunkan tarif perkhidmatan mereka dan juga digesa menawarkan pakej-pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyGST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd