• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Tubuh Kor Sukarelawan Belia Sabah

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata pihaknya berhasrat menubuhkan kor sukarelawan dalam kalangan belia negeri itu selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Beliau berkata rangka pelaksanaan mewujudkan kor sukarelawan itu sedang diperhalusi selain pihaknya mendapatkan rakan strategik bekerjasama menjalankan aktiviti kor berkenaan dan seterusnya membantu (kegiatan) masyarakat luar bandar.

“Perancangan kita ialah agar generasi muda fokus kepada matlamat untuk membantu masyarakat dan kor ini sekali gus dapat memupuk perpaduan dalam kalangan anggota mereka,” katanya selepas menyerahan bendera kontinjen Sabah ke Festival Belia Putrajaya, di Kota Kinabalu, Rabu malam.

Tawfiq berkata idea mewujudkan kor sukarelawan ini timbul apabila melihat sekumpulan sukarelawan antarabangsa dikenali sebagai Rally International yang setiap tahun datang ke Sabah menjalankan aktiviti kesukarelawan dan khidmat masyarakat di kawasan pedalaman.

“Mereka terdiri daripada belia antarabangsa dari negara Eropah, Afrika, Pakistan, India dan Amerika Syarikat yang bermukim di Sabah selama dua bulan di kampung-kampung melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, seperti membina sistem paip graviti,” katanya.

Tawfiq berkata perkara itu merupakan aspek dan nilai tertinggi sekiranya generasi muda di Sabah dapat mengaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan seharian kerana semangat kesukarelawan itu pasti menjamin keselesaan hidup orang yang dibantu. – BERNAMA

 

Tags: BeliaSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd