London – Nakal sangat, akhirnya seorang budak perempuan berusia 14 tahun ditahan selepas membuli seorang budak lelaki yang lebih besar daripadanya.
Video rakaman dia membuli budak lelaki itu telah ditonton hampir 3 juta orang selepas dimuat naik dalam Facebook.
Budak perempuan itu ditangkap pada 14 Mei lalu dan akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini.
Namanya tidak didedahkan memandangkan dia masih di bawah umur.
Dalam video selama dua minit itu, budak perempuan berkenaan dilihat mencekak kolar baju budak lelaki terbabit sambil memberi amaran kepadanya.
Kedua-duanya memakai pakaian uniform sekolah.
Video yang dimuat naik dalam Facebook Young Rich Britain itu telah menarik beribu-ribu komen mengenai kejadian berkenaan.
Kebanyakannya memuji budak lelaki itu kerana tidak bertindak balas dan mengecam budak perempuan berkenaan yang bercakap menggunakan pelat jalanan.
- MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=_7-tH2lx1aE


