• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 7 Tahun Maut Terapi Tampar Tradisi Cina

oleh
04/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Polis Australia dilaporkan ‘bingung’ menyiasat misteri kematian seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai akibat menerima terapi rawatan ‘tamparan’ oleh seorang pakar perubatan terkenal dari China.

Mangsa dikenali sebagai Aidan Fenton dan menetap di Sydney, dilaporkan menderita penyakit kencing manis, ditemui dalam keadaan tidak sedar di sebuah hotel di pinggir ibu negeri New South Wales itu, awal minggu ini.

Dia dan ibunya dipercayai datang menghadiri bengkel kerja mengenai perubatan alternatif oleh pakar ternama, Xiao Hongchi dengan dikenakan bayaran perkhidmatan sekitar A$1,800 (RM5,080) selama seminggu.

Beberapa akhbar tempatan melaporkan, polis bandar raya itu turut menyiasat kemungkinan mangsa tersebut maut akibat sengaja berhenti daripada menggunakan ubat insulin pada waktu yang ditetapkan oleh doktor hospital.

Xiao Hongchi yang menyewa tempat di sebuah pusat kesihatan; sudah menjalani proses siasatan pihak polis dan telah meninggalkan Australia, seperti dilaporkan akhbar berpengaruh Sydney Morning Herald pada Sabtu.

Jurucakap polis menyatakan, petugas kesihatan sempat memberikan rawatan pernafasan awal secara CPR kepada budak perempuan tersebut di tempat kejadian, namun tidak berjaya dan kemudian mangsa meninggal dunia.

Master Xiao, bekas pegawai kewangan; telah lama mempromosikan amalan paida lajin, sejenis terapi purba Cina yang melibatkan proses ‘tamparan dan peregangan’ untuk mengeluarkan racun dari tubuh badan manusia.

“Tamparan dan peregangan bekerjasama untuk membersihkan lingkaran tekanan dalaman serta membantu tubuh untuk mengatasi penyakit,” jelasnya kepada akhbar ternama India, The Hindu, pada bulan lalu.

Dia mendakwa, amalan yang diajarkan kepadanya oleh seorang pendeta ajaran Tao selama ini telah berjaya ‘menyembuhkan’ beberapa penyakit dalam bengkel anjurannya, seperti kencing manis dan darah tinggi.

Pernah berjaya di Wall Street lebih sedekad, Master Xiao telah mengembara ke seluruh dunia memperkenalkan teknik paida lajin menerusi ratusan bengkel seminar selain program stesen televisyen. – Agensi/A.AMREE

Tags: ChinainsulinPerubatanrawatanterapi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd