• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Biarlah Orang Lain Sahaja Yang Berkempen” – PAS Selangor

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mendakwa beliau tidak sempat untuk berkempen seperti calon lain menjelang pemilihan PAS yang akan berlangsung pada Jun depan.

Beliau mendakwa tidak sempat berbuat demikian kerana terlalu sibuk dengan tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor.

“Macam mana nak kempen petang semalam ada `brainstorming’ rumah mampu milik. Malam ada mesyuarat karnival pendidikan. Pagi ini ada lawatan tapak cadangan tempat letak kereta tambahan bagi flat Pandan Indah. Petang ada sesi bertemu rakyat. Lepas tu ada mesyuarat tentang projek pembentungan.

“Bila nak kempen? Biarlah orang lain kempen. Saya buat kerja saja,” katanya dalam entri Facebook beliau hari ini.

Iskandar salah seorang yang menawarkan diri bagi memegang jawatan Naib Presiden PAS dalam pemilihan parti itu yang akan diadakan semasa Muktamar Pas ke-61 di Kuala Selangor, Selangor.

Calon lain yang bertanding jawatan itu ialah Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Idris Ahmad, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Mohd. Amar Abdullah.

Iskandar dalam pada itu mendakwa, kerjasama Pakatan Rakyat di Selangor masih wujudkan walaupun gabungan parti pembangkang itu sedang mengalami krisis dalaman di peringkat Pusat.

“Petang ini ada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pakatan Rakyat Selangor. Kerjasama Pakatan Rakyat masih wujud di Selangor,” katanya. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=g_b34I-1wfs

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd