Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Situasi Makin Buruk, Paip...

ALOR SETAR - Penduduk di Kampung Baru Danglau menyambut Aidilfitri dalam suasana 'kering'...

Tabung Haji Jawab Tuduhan...

KUALA LUMPUR - Tabung Haji (TH) menjelaskan bonus bagi 2015 seperti yang diumumkan...

KPM Usaha Beri Vaksin...

SABAK BERNAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian...

Feng Shui LGE Sendiri...

BAGI masyarakat Tionghua, isu feng shui bukan perkara main-main waima belajar tinggi hebat...

Bertemu Semula Ibu Kandung Selepas Berpisah Selama 41 Tahun

Chile – Seorang bercakap bahasa Chile sementara seorang lagi bercakap bahasa Inggeris. Tetapi ia bukan halangan kepada Travis Tolliver, 41, untuk berkomunikasi dengan ibunya, Nelly Reyes, selepas dia dirampas daripada wanita itu beberapa jam selepas dilahirkan.

Reyes, 61, kehilangan anaknya itu selepas dia dimaklumkan oleh kakitangan hospital bahawa bayi yang dilahirkan itu mengalami masalah jantung dan meninggal dunia.

Ketika itu Reyes hanya berusia 19 tahun tetapi dia tidak pernah melihat mayat anaknya itu dan tidak mendapat sijil kematian.

Tiada orang yang mengetahui siapa yang mengambil Tolliver tetapi dia telah dibesarkan di Tacoma, Amerika Syarikat.

Tolliver serta keluarga angkatnya sendiri tidak mengetahui keadaan sebenar malah Tolliver menganggap ibunya sengaja meninggalkannya.

“Saya mula mengetahui mengenai perkara ini selepas melayari laman web pen pal dan berbual dengan penduduk Chile.

“Ketika itu barulah saya mengetahui bahawa bayi dicuri daripada ibu mereka yang tidak berkahwin sekitar 1960-an, 70-an dan 80-an,” katanya yang kemudiannya telah mencetuskan keinginan untuk mencari ibu kandungnya.


Tolliver telah menemui laman web Chile Adaption Birth Family Search dan memberikan semua maklumat mengenai dirinya.

Dalam masa tiga atau empat minggu mereka telah menemui ibu kandungnya.

Tolliver kini bercuti di Chile dan dia juga sedang mengumpulkan wang untuk membawa bersama isteri dan dua anaknya ke Chile untuk bertemu keluarga kandungnya. – mynewshub.cc

 

https://www.youtube.com/watch?v=kAY6CyCUdhA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ibu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori