• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berkayak Keliling Semenanjung Berjaya Dengan Cemerlang

oleh AK-47
24/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu: Pendayung kayak solo, Murad Mohd Kassim, 45, berjaya menamatkan misi berkayak mengelilingi Semenanjung Malaysia dalam tempoh 52 hari, iaitu lapan hari awal daripada yang disasarkan.

Ketibaannya di Jeti Tambatan Diraja, di sini, disambut Penasihat Kelab Ekspedisi 7 Benua (KE7B) Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof.

Murad yang juga pesara tentera tiba dengan kayaknya dinamakan Abd Rahman selepas memulakan misi pada 1 April di Jeti Kastam, Kuala Perlis dengan acara pelepasan disempurnakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Bercerita kepayahannya meneruskan misi itu, Murad berkata, saat berdepan tekong kapal di lautan dan pihak yang mencurigakan adalah paling mencemaskan.

“Masa itu memang terfikir nyawa tak panjang tapi Alhamdulillah berjaya juga dengan pantauan pihak berkuasa.

“Selain itu saya juga berdepan dengan pengalaman dihempas ombak besar beberapa kali sehingga kayak terbalik.

“Sepanjang 52 hari di tengah laut, tiada sebarang kelengkapan dibawa, hanya sepasang pakaian dan sedikit makanan yang peroleh dari penduduk pulau di mana saya berhenti untuk berehat,” katanya.

Bagi memastikan misinya berjaya, Murad juga sering berhubung dengan pihak KE7B selaku pengendali program, menerusi aplikasi Whatsapp bagi melaporkan perkembangan hariannya.

(Petikan: Harian Metro Online)

Tags: Sukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

Bola Keranjang Projek Sukan Terbaharu JDT

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bola keranjang bakal menjadi projek...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd