• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayaran US$1 Bilion Bukan Pinjaman, ‘Bailout’ 1MDB

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menjelaskan bayaran US$1 bilion dari International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi, yang diumumkan pada Jumaat lepas adalah transaksi perniagaan dan bukan satu pinjaman, hutang atau jaminan keluar.

“Lanjutan daripada kenyataan Kementerian Kewangan pada 29 Mei, kami mengambil perhatian terhadap dakwaan daripada sesetengah pihak yang mengatakan bayaran US$1 bilion itu merupakan pinjaman, atau melibatkan andaian hutang 1MDB lagi.

“Ini sama sekali tidak berlaku. Ia adalah transaksi perniagaan; bukan satu pinjaman, bukan juga apa-apa jenis hutang dan bukan satu jaminan keluar.

“Ia adalah bayaran awal sebagai sebahagian daripada perjanjian yang lebih luas untuk mengendalikan pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB secara menyeluruh, maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak,” kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 29 Mei lepas, Kementerian Kewangan mengumumkan, 1MDB memeterai perjanjian ikatan dengan IPIC dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), melibatkan pembayaran sebanyak US$1 bilion.

Menurut kenyataan kementerian itu, sebagai sebahagian daripada perjanjian berkenaan, IPIC akan membayar US$1 bilion, pada atau sebelum 4 Jun, 2015, yang akan digunakan untuk membayar semula pinjaman US$975 juta (RM3.5 bilion), lebih awal daripada tarikh akhir, kepada sindiket peminjam bank antarabangsa. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd