• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barangan Keperluan Golongan OKU Diberi Pelepasan GST

oleh Ahmad Albab
11/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peralatan dan kelengkapan yang digunakan oleh golongan orang kurang upaya (OKU) diberi pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy.

Bagaimanapun, beliau berkata untuk layak mendapat pelepasan itu, mereka perlu mengemukakan suatu sijil perakuan yang ditandatangani oleh ketua organisasi pertubuhan amal swasta, yang mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Ramai orang khususnya golongan OKU masih tidak sedar bahawa terdapat peruntukan untuk pelepasan item barangan itu di bawah Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014, Butiran 7,” katanya dalam sidang media mengenai GST bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad, di sini Isnn.

Menurut perintah itu, barangan yang diberikan pengecualian cukai adalah anggota tiruan, kerusi roda, tempat tidur elektrik atau penyesuian mekanikal yang direka untuk yang kurang upaya daripada segi fizikal dan braille.

Antara keperluan lain ialah teks telefon untuk orang cacat pertuturan, cawan khas dan tongkat putih untuk cacat penglihatan, kasut khusus, dan alat bantuan pendengaran dan penglihatan.

Jelas Subromaniam, walaupun golongan itu mempunyai kad OKU yang sah, mereka masih perlu mendapatkan sijil perakuan yang ditandatangani oleh ketua organisasi berkaitan untuk mendapatkan pelepasan cukai itu.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata Kastam Johor telah diarahkan untuk turun padang dan berjumpa dengan 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Johor untuk menerangkan impak GST secara keseluruhannya dalam tempoh terdekat.

“PBT sebenarnya menikmati layanan yang lebih baik dalam era GST berbanding dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana dapat menuntut cukai input yang terlibat ke atas pembelian barang, perkhidmatan kawalan keselamatan, yuran guaman, perkhidmatan telekomunikasi dan lain-lain perkhidmatan profesional.

“Ini secara langsung akan mengurangkan operasi PBT. Seksyen 64 Akta CBP 2014 menggariskan GST tidak terpakai kepada pembekalan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” katanya.

Katanya pembekalan berkaitan fungsi pengawalseliaan dan penguatkuasaan adalah tidak bertakluk kepada GST, dan hanya aktiviti perniagaan yang dibekalkan tertakluk kepada GST.

Baru-baru ini, Kerajaan Johor telahpun mengarahkan semua PBT di negeri itu menyerap CBP bagi setiap perkhidmatan kepada rakyat selepas dua minggu cukai itu diperkenalkan. – BERNAMA

Tags: GSTOKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd