• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Dakwa Beliau Cuma Bertanya Soalan Kepada KPN

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menafikan membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa ceramah di Permatang Pauh baru-baru ini.

Azmin berkata beliau cuma bertanya soalan kepada Khalid semasa ceramah dan bahawa beliau telah mengemukakan salinan klip video itu kepada peguamnya.

“Saya bertanya soalan kepada IGP, bukan tuduhan tapi soalan. Adakah sekarang soalan pun tak boleh. Adakah saya perlu memohon maaf untuk bertanya soalan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada pelajar sekolah kebangsaan Tamil di Selangor, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin mengulas kenyataan beliau yang dikatakan menghina Khalid dengan menggelarnya “barua UMNO” semasa ceramah politik menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, baru-baru ini.

Beliau mengulangi bahawa kenyataannya itu hanya ditujukan kepada Ketua Polis Negara dan bukan seluruh pasukan polis.

Sementara itu, Menteri Besar itu berkata kerajaan negeri mahu projek bekalan Air Langat 2 disiapkan dalam masa terdekat dan bahawa Kerajaan Persekutuan harus memenuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Mohamed Azmin mahu penstrukturan semula industri air di negeri ini diselesaikan secara baik dan menambah kerajaan negeri mempunyai pilihan lain selain dari Langat 2 untuk memastikan bekalan air mentah dan air dirawat mencukupi untuk kegunaan domestik dan industri.

Rabu lepas, Pengerusi Eksekutif Syabas dan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), Tan Sri Rozali Ismail berkata isu-isu berkaitan penstrukturan semula industri air di Selangor perlu diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakkan krisis air di negeri ini memandangkan rizab air kini di bawah lima peratus.

“Kita memerlukan Langat 2 sekarang dan bekalan air tambahan kerana rizab sangat rendah,” beliau dipetik sebagai berkata. – BERNAMA

Tags: Azmin Alikhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd