• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Belum Temui Bot Bawa Pati Bangladesh, Rohingnya

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih belum menemui bot yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI Bangladesh dan Rohingya sejak memulakan operasi mencari dan menyelamat seminggu lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim, Tan Kok Wee berkata operasi yang bermula sejak 20 Mei lepas itu telah merangkumi kawasan seluas lebih 10,300 kilometer persegi.

“(Walaupun belum menemui kumpulan PATI) kita akan terus menjalankan operasi sehingga kita mendapat arahan (lain) dari pihak atasan,” katanya kepada media semasa operasi itu yang menggunakan kapal peronda KM Malawali di perairan Langkawi hari ini.

Menurutnya operasi turut melibatkan tiga buah kapal dan lima buah bot selain sebuah pesawat udara Bombardier dan helikopter Dauphin.

“Jumlah anggota yang terlibat adalah di antara 150 orang dan 200 orang sehari,” katanya.

Tan berkata setiap bot yang terlibat dalam operasi juga turut membawa bekalan makanan dan minuman yang akan diagihkan kepada kumpulan PATI sekiranya mereka ditemui.

Katanya APMM juga menerima bantuan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyumbangkan bekalan makanan serta minuman.

Sepanjang operasi, beliau berkata keluasan kawasan pencarian dan kedudukan Langkawi yang agak dekat dengan sempadan perairan Malaysia-Thailand menjadi cabaran kepada anggota APMM.

“Saya rasa (cara) yang terbaik (mengatasi cabaran ini) adalah (dengan menggunakan lebih banyak) pesawat udara sebab (dengan skop) pandangan yang(lebih) luas ia dapat kesan bot dari jarak yang jauh,” katanya.

Menurutnya, APMM turut mengharapkan kerjasama berterusan dari komuniti maritim tempatan untuk menyalurkan maklumat berhubung kehadiran bot yang membawa pelarian. – BERNAMA

Tags: APMMPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd