• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adik Mangsa Nahas Duke: Saya Nak Semua Disabitkan Bersalah

oleh AK-47
06/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADIK bongsu mangsa kemalangan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Faizznur Asyraf Husain, 25, mahu keenam-enam pemandu Myvi yang dikatakan punca kepada kemalangan awal Sabtu itu dikenakan hukuman.

Perkara itu menurutnya adalah lebih bersifat adil dan saksama bagi menuntut pembelaan di atas kematian abang, kakak ipar dan anak saudaranya.

Beliau tidak mahu hanya dua pemandu sahaja diambil tindakan dan bakinya terlepas begitu sahaja kerana kejadian itu berlaku ketika kesemua mereka berlumba secara berkumpulan.

bro serius

“Kita dimaklumkan ada enam pemandu tapi dua sahaja yang terlibat dengan kemalangan.

“Kalau daripada ura-ura kononnya dua pemandu ini sahaja akan didakwa, kalau benar, bagi saya, saya tak nak dua orang, saya nak keenam-enamnya sekali baru adil dan saksama.

“Kalau berpunca tidak dari seorang (berlumba), takkan semua ikut, bermakna kalau dua dah kena, yang lain tetap kena, itu adil bagi saya,” katanya ketika ditemui Mynewshub di kediaman ibunya di Taman Batu Muda, Batu Caves hari ini.

family
Tinggal kenangan.. gambar keluarga Fairuz Nizam Husain, Nova Safitri Azhari dan dua anak mereka yang kini yatim piatu, Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqila.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 1.05 pagi Sabtu lalu, Fairuz Nizam Husain, 35, isteri, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut selepas kereta Pajero Sport yang dinaiki mereka dirempuh dua kereta Myvi yang dipercayai sedang berlumba pada ketika itu.

Akibat rempuhan itu, Fairuz Nizam maut di tempat kejadian sementara Nova dan Firuza Annisa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah tiga beranak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatus Sakinah, Gombak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR
Foto:  HAZIQ EHSAN

https://www.youtube.com/watch?v=9XVMm8DbESw

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA Beri Peluang Kedua?

Next Post

Tempias Enam Ahli FMC, ‘Pemandu Lain’ Pulak Yang Kena

Related Posts

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

23/05/2025
0

MELAKA: Seorang lelaki dan wanita warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka...

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Next Post

Tempias Enam Ahli FMC, 'Pemandu Lain' Pulak Yang Kena

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd