Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

YY Pang Beri Amaran...

PENGURUS Motul Yamaha YY Pang, Pang Yoke You memberi amaran kepada semua pelumbanya...

WHO Beri Amaran Cacar...

GENEVA - Risiko cacar monyet untuk menjadi penyakit bukan endemik kini menjadi realiti,...

DAP Ambil Kesempatan Kes...

KUALA LUMPUR - DAP seolah-olah cuba mengambil kesempatan daripada kes seorang penjenayah kes...

DBP Sarawak Anjur Karnival...

KUCHING - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak menganjurkan Karnival Kembali ke Sekolah...

Gila Porno Kanak-Kanak: MARA Beri Peluang Kedua?

Majlis Amanah Rakyat (Mara) berkemungkinan akan memberi peluang kedua kepada pelajar genius matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin yang dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah di London atas kesalahan memiliki imej pornografi kanak-kanak.

Peluang kedua ini akan diberi selepas Mara menerima laporan dari pihak penjara mengenai kelakuan baik Nur Fitri semenjak dijatuhkan hukuman penjara.

Mara juga dilaporkan bersetuju untuk menawarkan tawaran pengajian kepada Nur Fitri di mana-mana insititusi Mara tempatan selepas selesai menjalani hukuman.

Ahli Majlis Mara, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, saranan bagi pelajar berusia 23 tahun itu meneruskan pengajian adalah sebagai memberi peluang kedua dan tanda sokongan kepadanya.

“Kita akan berikan sokongan dalam pelbagai cara untuk membentuk semula jati dirinya, salah satu dengan memberi peluang untuk dia meneruskan pengajian di mana-mana institusi Mara.

“Dia pelajar pintar dan sayang apa yang ada pada dirinya yang boleh menjadi aset kepada negara disia-siakan. Apa yang kita lakukan ini bukan kepada dia sahaja tetapi kepada mana-mana pelajar pintar lain yang menerima nasib sama,” kata Nazir kepada mStar Online.


BACA: Gila Porno Kanak-Kanak.. Mara Tamatkan Pinjaman Pelajar

Difahamkan, Nur Fitri hanya perlu menjalani hukuman penjara yang berbaki lagi empat bulan selepas ditahan sejak November tahun lepas.

Untuk makluman, Mahkamah Southwark Crown di London telah menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan kepada Nur Fitri bermula dari tarikh ditahan atas kesalahan memiliki lebih daripada 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori