• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Warga Asing Ditahan Menyamar Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat lelaki, tiga warga Pakistan dan seorang Tunisia, ditahan kerana disyaki terlibat menyamar sebagai anggota polis dan menyamun warga asing di sekitar ibu kota.

Berikutan penangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan 21 kes samun di mana modus operandi kumpulan itu dalam melakukan jenayah samun adalah menyamar sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad pengenalan diri sebelum membuat pemeriksaan ke atas mangsa dan melarikan barang berharga.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kesemua suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Petaling Jaya dan di ibu kota minggu lepas selepas polis menerima laporan kes samun daripada seorang lelaki warga India.

Katanya, lelaki itu menyatakan dia disamun dua lelaki yang mendakwa sebagai anggota polis ketika dia bersama abang sepupunya di Lorong Haji Taib di sini, 19 Mei lepas.

“Kedua-dua suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukkan kad pengenalan diri.

“Mereka mendakwa hendak membuat pemeriksaan sebelum melarikan sejumlah wang tunai dari dompet mangsa, dengan menaiki sebuah Produa Myvi.

“Susulan laporan itu, polis berjaya menahan seorang suspek di Petaling Jaya pada pukul 5.45 petang pada keesokan hari,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Zainol berkata susulan itu polis berjaya menahan tiga lelaki warga Pakistan yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tun Tan Cheng Lok, di sini, sebelum merampas sebuah kereta jenis Perodua Alza dan pelbagai nilai matawang asing.

“Dengan ini, polis yakin menyelesaikan sebanyak 21 kes yang dilaporkan sejak tahun lepas hingga kini,” katanya.

Sasaran suspek itu adalah warga asing terutamanya warga India, Pakistan, Iran dan Iraq yang boleh berbahasa Urdu atau faham Bahasa Hindi.

Kesemua suspek ditahan reman di bawah Seksyen 395/170 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan menyamar sebagai penjawat awam, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. – BERNAMA

 

Tags: poliswarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd