• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Buku Faisal Tehrani Diharamkan – KDN

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penerbitan empat buku tulisan penulis kontroversi Faisal Tehrani kerana ia didapati mengandungi unsur-unsur penyebaran ajaran Syiah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Buku berkenaan ialah ‘Sebongkah Batu di Kuala Berang’ yang diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn Bhd, ‘Karbala’ yang diterbitkan oleh Abeerden Books World, ‘Tiga Kali Seminggu’ dan ‘Ingin Jadi Nasrallah’ yang kedua-keduanya diterbitkan oleh Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN Hasmimah Nik Jaafar berkata buku-buku itu dikenakan Perintah Larangan Penerbitan berkuat kuasa 1 April kerana mengandungi unsur-unsur yang memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan.

Pewartaan Perintah Larangan itu adalah menurut seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Menurut subsyeksen 2 Seksyen 8 akta sama, mana-mana pihak yang didapati mencetak, mengimport, menjual dan memiliki buku-buku tersebut di dalam negara boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: bukuKDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

Urusan Perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Masih Belum Dimuktamadkan – KDN

28/10/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri...

“Kami Akan Keluarkan Buku Hukum Hakam Penyelewengan Dan Khianat” – Mufti Wilayah

“Kami Akan Keluarkan Buku Hukum Hakam Penyelewengan Dan Khianat” – Mufti Wilayah

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil memaklumkan, pihaknya akan mengeluarkan buku berkenaan hukum hakam penyelewengan dan khianat....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd