• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indonesia Juara Dunia, Siapa Kata Tentera AS Hebat?

oleh
25/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE — Ketika rakyat Indonesia memperingati ulang tahun ke-107 Hari Kebangkitan Nasional 2015, pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) hampir pasti meraih kemenangan mutlak di Australia minggu ini.

Dianggap sebagai pasukan miskin, kumpulan penembak TNI mencipta sejarah apabila berjaya mengumpulkan 28 pingat emas, walhal tentera kuasa besar dunia, Amerika Syarikat (AS) langsung gagal meraih apa-apa pingat pun.

Kejuaraan Menembak Tahunan dianjurkan Australian Army Skill at Arms Meeting (AASAM) ini berlangsung dari 20 hingga 23 Mei di Puckapunyal, Victoria dekat sini disertai 17 pasukan dari 14 buah negara seluruh dunia.

Selain 28 pingat emas, TNI juga memperoleh 16 pingat perak dan 10 pingat gangsa, jauh mengalahkan tuan rumah Australia di tempat kedua dengan setakat ini hanya berjaya 4 pingat emas, 7 pingat perak dan 5 pingat gangsa.

Kehebatan peserta penembak TNI juga gagal disaingi oleh pasukan tentera England yang berpuas hati sekadar berada di kedudukan ketiga dengan cuma meraih 3 pingat emas, 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa.

Dijangkakan perolehan pingat oleh TNI mungkin terus bertambah hingga hari pertandingan berakhir pada Sabtu ini, menurut Duta Besar Indonesia ke Australia, Nadjib Riphat Kesoema dalam kenyataan media pada Khamis.

“Prestasi yang membanggakan ini menunjukkan betapa unggulnya anggota TNI dan persenjataan buatan Indonesia di medan laga,” ujar Nadjib sambil memuji prestasi luar biasa yang diraih regu penembak Indonesia.

Atase tentera Kedutaan Besar Republik Indonesia di Canberra, Taufan Gestoro, yang mengiringi pasukan TNI sepanjang kejohanan itu menambah: “Kita bermain di bawah tekanan dan saingan internasional yang ketat.

“Saya mendapati para peserta dari TNI sanggup bertanding dalam semangat luar biasa dan menyelesaikan tiap acara dengan tahap profesionalisme dan kemahiran yang cukup tinggi setanding peserta dari Barat.”

Sejumlah 21 orang penembak dari Indonesia terdiri daripada pegawai dan penembak profesional dari sektor TNI Angkatan Darat serta juruteknik dari PT Pindad, firma milik pemerintah Indonesia dalam bidang persenjataan.

Sepanjang kejohanan, pasukan Indonesia menggunakan lima jenis senjata, iaitu senapang buatan dalam negeri model SS-2 V-4 Heavy Barrel dan pistol G-2 (Elite & Combat) yang dihasilkan sendiri oleh PT Pindad.

Mereka turut menggunakan senapang model SO-Minimi buatan Belgium, senapang GPMG (General Purpose Machine Gun) buatan Belgium dan senjata sniper model AW buatan England. — Agensi/H.A.AMREE

Tags: AustraliaIndonesiaPistolsenjataTNI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Kereta Terbalik Ketika Syok Menyanyi Bersama Rakan

Next Post

Polis Letak Dadah Lepas Tu Pow Duit?

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Polis Letak Dadah Lepas Tu Pow Duit?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd