• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Cuba Larikan Diri Rempuh Balai Polis Bergerak

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Dua lelaki dipercayai terlibat dengan kegiatan pecah rumah merempuh balai polis bergerak ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Raja Uda di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 9.10 malam itu menyebabkan seorang anggota polis yang berada dalam van berkenaan cedera ringan.

“Kedua-dua lelaki berumur 22 dan 28 tahun itu ditahan selepas polis mengejar mereka sehingga ke Jalan Lunas, Kulim di Kedah, kira-kira 30 kilometer dari balai polis bergerak itu,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim.

Beliau berkata kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki terbabit sebelum itu cuba ditahan sepasukan polis yang menjalankan pemeriksaan di Jalan Raja Uda tetapi mereka enggan berhenti.

“Kereta itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum pemandunya terus memecut laju ke arah Jalan Permatang Pauh. Polis mengejar mereka dan kenderaan polis mengepung laluan di Jalan Lunas, Kulim di Kedah sebelum berjaya menahan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata hasil pemeriksaan dalam kereta yang dinaiki dua lelaki itu, polis menemui pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah, antaranya lima telefon bimbit, komputer riba, jam tangan berjenama, beg sandang dan dua unit pemain cakera padat.

“Polis turut menemui geran motosikal milik seorang lelaki, dompet, dua kad pengenalan milik orang lain dan wang tunai sebanyak RM868 serta pelbagai barangan untuk pecah rumah,” katanya.

Beliau berkata ujian air kencing juga mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah dan mereka kini direman bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati dua lelaki terbabit aktif menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar SPU dan Seberang Perai Tengah (SPT), dekat sini sejak tahun lepas, katanya. – BERNAMA

 

Tags: Jenayahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd