Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Video: Kelakar..Pembaca Berita Pura-Pura...

VIDEO seorang pembaca berita sukan BBC yang berpura-pura memegang Ipad sejurus tamat segmen...

5,000 Hadiri Rumah Terbuka...

KOTA KINABALU - Hampir 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua...

China Had Eksport Minyak...

BEIJING - China akan mengehadkan eksport produk minyak ditapis ke Korea Utara bermula...

Eksesais Aman Youyi 2018...

PORT DICKSON - Eksesais Aman Youyi 2018 mencapai objektif yang diharapkan dengan melihat...

Zamri Tenang Hadapi Pusingan Pembukaan Sepang

PELUMBA handalan negara, Mohd Zamri Baba kekal tenang bagi menghadapi perlumbaan SuperSports 600cc pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, minggu ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu dalam misi mempertahankan kemenangan dalam kategori SuperSports 600cc di Sepang musim lepas disamping mahu mempertahankan gelaran keseluruhan yang dimenangi dua pelumba yang telah beralih ke saingan Moto2 Kejuaraan Dunia iaitu Azlan Shah Kamaruzaman pada tahun 2013 dan Zaqhwan Zaidi juara musim 2014.

Tahun 2014 merupakan tahu agak malang buat pelumba berusia 32 tahun itu apabila mengalami kecederaan menjelang latihan pra-musim yang menyaksikan pelumba itu terpaksa bergerak menggunakan tongkat.

Lebih malang kecederaan tersebut kembali berulang setelah Zamri terjatuh pada sesi latihan sehingga terpaksa menarik diri dari perlumbaan pusingan keempat yang berlangsung di Litar Suzuka, Jepun ketika itu.

Hanya sewaktu pusingan keenam yang berlangsung di Doha, Qatar Zamri benar-benar pulih dan beraksi pada tahap terbaik untuk mencatat kemenangan buat dirinya dan membantu Honda untuk mempertahankan gelaran juara buat tahun ketiga berturut-turut.

Meskipun terlepas aksi di Jepun dan belum pulih 100 peratus sewaktu pusingan kelima di Thailand, Zamri secara keseluruhan berjaya meraih tiga gelaran juara termasuk kemenangan berganda di Sepang ketika beraksi dengan bantuan ubat penahan sakit selain turut meraih tiga lagi podium.


“Nasib saya tidak begitu baik pada musim lepas dan mudah-mudahan berbeza pada tahun ini. Persediaan dari segi kecergasan fizikal semakin meningkat dan pasukan kami juga dilihat cukup bersedia setelah mencatat keputusan baik ketika sesi ujian pra-musim baharu ini.

“Cuma saya tidak mahu terlebih yakin dan tidak menetapkan sebarang sasaran kerana tidak mahu mendatangkan tekanan kepada saya dan juga pasukan. Malah pencabar pada tahun ini juga semakin kuat berbanding musim lepas,” jelas Zamri.

Tambahnya, “Saya mahu memberikan yang terbaik dan cuba untuk menamatkan perlumbaan di atas podium – untuk diri saya, pasukan, keluarga, rakan-rakan dan juga penyokong yang menyokong saya. Jika meraih gelaran juara, ia satu bonus kepada saya.”

Sesi Latihan Bebas Kejuaraan Motosikal Asia FIM akan bermula pada hari Jumaat, 17 April diikuti sesi kelayakan pada Sabtu dan perlumbaan akhir pada hari Ahad. Masuk dan parkir adalah percuma. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori