• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuki Ito Semangat Mulakan Aksi Di Sepang

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

YUKI Ito mahu melupakan kekecewaan musim 2014 bagi menghadapi saingan pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Litar Antarabangsa Sepang, minggu ini.

Pelumba PETRONAS Hong Leong Yamaha itu terlepas gelaran juara SuperSports 600cc ke tangan Mohd Zaqhwan Zaidi dengan perbezaan hanya satu mata pada perlumbaan akhir di Litar Losail, Doha, Qatar sekalipun meraih tiga kemenangan dan tiga lagi podium sepanjang musim lepas.

Kemenangan dramatik Zaqhwan juga menyaksikan pasukan Musashi Boon Siew Honda meraih tiga gelaran juara individu dan berpasukan berturut-turut selepas Ryuichi Kiyonari (2012) dan Azlan Shah Kamaruzaman (2013).

Meskipun akui masih kecewa dengan kegagalan tersebut, pelumba Jepun itu optimis dan lebih bersedia menghadapi cabaran musim baru ini.

“Saya begitu hampir untuk memenangi gelaran namun tewas di penghujung perlumbaan. Sudah tentu ia sangat mengecewakan apabila tewas dengan jurang mata yang begitu hampir. Saya sudah melupakan kesedihan tersebut dan cukup beemotivasi dan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk memulakan saingan musm ini,” jelas Ito.

Keyakinan itu ditambah dengan keputusan sesi ujian pra-musim yang menyaksikan Ito muncul pelumba yang melakukan catatan masa terpantas.

Meskipun tanpa kehadiran pelumba pilihan seperti Katsuaki Fujiwara dan Makoto Tamada yang mengumumkan persaraan pada penghujung musim lepas, Yuki percaya saingan musim 2015 semakin sengit dengan kehadiran pelumba kelas dunia seperti Noriyuki Haga, Yuki Takahashi dan Mark Aitchison.

Bercakap tentang sasaran pada minggu ini, Yuki berharap dapat meraih kemenangan di Sepang di mana dia masih gagal meraih kemenangan sekalipun telah beberapa kali menaiki podium.

“Kami menghadapi tugas berat pada minggu ini terutama dengan kehadiran Takahashi dan Haga selain pelumba pilihan, Mohd Zamri Baba yang kita tahu kehandalannya. Namun ini tidak mematahkan semangat untuk saya memenangi Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2. Malah perlumbaan ini juga ibarat berlumba di halaman sendiri kerana saya beraksi bersama pasukan Hong Leong Yamaha dan ditaja oleh PETRONAS. Saya mahu menghadiahkan kemenangan kepada mereka.”

Sesi Latihan Bebas Kejuaraan MotosikalbAsia FIM akan bermula pada hari Jumaat, 17 April diikuti sesi kelayakan pada Sabtu dan perlumbaan akhir pada hari Ahad. masuk dan parkir adalah percuma. – MYNEWSHUB.cc

Tags: MotoGP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

Bagnaia Sambar Petak Utama, Lebur Rekod Sepusingan Terpantas

11/11/2023
0

SEPANG: Juara bertahan MotoGP dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia menyambar petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd