• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Azizah Nafi PAS Protes Senyap Jika Beliau Tercalon

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata tidak timbul isu PAS kawasan Permatang Pauh melakukan protes senyap jika beliau dipilih sebagai calon pilihan raya kecil kawasan itu.

Sebaliknya beliau yang dilihat mula ‘turun padang’ dengan pelbagai program di kawasan Parlimen itu sejak kerusi Permatang Pauh diisytihar kosong, berkata PAS kawasan itu telah menyatakan sokongan dan akan membantu siapa sahaja calon yang dipilih oleh PKR.

“Saya baru sahaja berjumpa dengan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh (Omar Hasan) dan beliau kata tidak (seperti itu), kami bersama anda dan beliau akan memberi dan bekerjasama untuk memastikan kemenangan calon PKR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng, di sini hari ini.

Wan Azizah yang turut menghadiri sidang akhbar di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu berkata demikian ketika ditanya tentang laporan akhbar hari ini berhubung perkara tersebut.

Akhbar hari ini memetik Ketua Penerangan PAS kawasan Permatang Pauh Jamsari Samad sebagai berkata PKR berkemungkinan akan menghadapi protes secara senyap daripada pengundi, termasuk PAS, jika parti itu berkeras untuk meletakkan Dr Wan Azizah atau anggota keluarganya sebagai calon pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei. – BERNAMA

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd