• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Apam Balik Malaysia Ini Begitu Popular Di London!

oleh AK-47
04/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUT sahaja kuih apam balik, sudah boleh membayangkan keenakan dan kerangupan kuih tradisional rakyat Malaysia ini.

Tidak hairanlah, kuih ini antara juadah yang laris terjual di pasar-pasar malam.

Namun siapa sangka, kuih tradisi ini turut mendapat tempat di hati masyarakat United Kingdom.

Keenakan apam balik yang rangup dengan inti manis kacang kisar dan mentega ini nyata mendapat sambutan luar biasa hingga tercetus idea buat seorang usahawan Melayu membuka sebuah warung menjualnya di sana.

Berbekalkan resepi warisan keluarga, Mohd Shahreil Mohd Isa boleh tersenyum lebar apabila warung miliknya, ‘The Malaysian Pancake Co’ kini dikenali masyarakat Kota London.

Bagi memenuhi citarasa pelanggannya, warung ini turut menghasilkan beberapa perasa lain.

malaysian-pancake-3 (1) malaysian-pancake-7 (1)

 

Malah dengar-dengarnya, apam balik The Malaysian Pancake Co ini diakui paling sedap dan enak yang pernah dirasai oleh seorang rakyat Malaysia yang mencubanya ketika berada di negara itu.

Paling tak tahan dan mengoda, Apam Balik Pisang dan Nutella turut disajikan buat pelanggan.

Haaa.. lihat gambar di bawah ini pun dah rasa terliur…

malaysian-pancake-4 (1)

 

Apa yang membanggakan, laman review makanan antarabangsa, Yelp turut mengakui keenakan kuih tradisi ini hingga diberikan 4 daripada 5 bintang.

Apa lagi, jika anda berkunjung ke kota London, jangan lupa untuk merasai keenakan The Malaysian Pancake Co di Boiler House Food Hall, Brick Lane, E1 6RU atau The Old Truman Brewery.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: makanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd