• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tol Lebih Rendah Dengan Lanjutan Tempoh Konsesi

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selain Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) turut terlibat dalam pemanjangan tempoh konsesi sebagai usaha kerajaan mengurangkan bebanan bayaran tol dan kos sara hidup pengguna lebuh raya, demikian menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Melalui penstrukturan semula kadar tol, pengguna kenderaan kelas 1 (kereta) kini hanya perlu membayar RM1.10 berbanding kadar tol Perjanjian Konsesi asal iaitu RM2.40.

“Selain itu, pengguna juga boleh menikmati peratus kenaikan kadar tol yang lebih rendah,” menurut LLM dalam kenyataan hari ini.

LLM memberi contoh, kenaikan kadar tol di PLUS sebelum ini adalah 10 peratus bagi setiap tiga tahun, tetapi dengan pemanjangan konsesi kenaikan kadar tol kini ditetapkan pada kadar lima peratus bagi setiap tiga tahun.

Kenyataan LLM itu sebagai mengulas laporan portal berita Malaysia Digest bertajuk “Despite Scheduled To End This Year, Federal Government Renews Batu Tiga Toll For 20 More Years” pada 16 April lepas, bahawa kerajaan memperbaharui kontrak konsesi, yang dijadual tamat akhir tahun ini, dengan memperbaharuinya sehingga 2035 tanpa sebab kukuh dan menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna.

Laporan itu turut memetik Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Tiga Rodziah Ismail yang berkata kerajaan persekutuan perlu memberi jawapan atas dasar apa kontrak diperbaharui dan ke mana wang itu akan disalurkan. – BERNAMA

Tags: PLUSTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd