• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Menteri Dakwa Kopitiam Hidang “Mee Lipas”

oleh AK-47
12/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKAN tak biasa kita mendengar kes-kes objek jijik ditemui dalam makanan atau minuman sebelum ini.

Namun apa yang mengejutkan apabila situasi ini turut menimpa orang kenamaan yang merupakan timbalan menteri.

Berita menjadi kecoh apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dikatakan terjamah ‘Mi Lipas’ di sebuah kopitiam, petang semalam.

Saravanan yang marah dan terkejut dengan penemuan menjijikkan itu meluahkan rasa tidak puas hati di laman Facebooknya menerusi status berbunyi:

“Tadi saya bersama dengan kawan-kawan makan Mee Udang di Old Town White Coffee di Subang Airport Sky Park. Saya terkejut dan marah apabila ternampak lipas dalam Mee Udang.” 

Bagaimanapun tinjauan terbaharu kami mendapati Saravanan telah menyunting statusnya kepada:

“Tadi kawan-kawan saya makan Mee Udang di Old Town White Coffee di Subang Airport Sky Park. Terkejut dan marah apabila ternampak lipas dalam Mee Udang.”

Saravanan turut merakam bukti penemuan gambar lipas yang mati dimasak dalam mi tersebut bersama dengan resit bayaran.

Dipercayai, Naib Presiden MIC itu bersama rakan-rakannya hanya menyedari kewujudan lipas itu selepas hidangan hampir habis dimakan.

Tak kira sama ada Saravanan sendiri atau kawan-kawannya yang melalui pengalaman ini, sekiranya benar maka ia sudah pasti satu ‘mimpi ngeri’ buat pelanggan yang menjamu selera di kopitiam dimaksudkan.

Dalam pada itu, ramai pengguna sosial mendesak Saravanan mengambil tindakan terhadap premis berkenaan malah ada yang mendakwa pernah melalui pengalaman sama.

Oleh: FARAH

Tags: old town white coffeeviral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hakim Disaran Letak Ikrar Sumpah Jawatan Atas Meja Pejabat

Next Post

SPR Nafi Dr. M Manipulasi Kerusi Ketika Perintah M’sia

Related Posts

Kisah Hidup Ringkas Noor Inayat Khan AKA Nora Baker

22/06/2022
0

Kisah seorang perisik Muslim semasa perang dunia kedua yang mengorbankan nyawa demi negaranya. Kisah Noor Inayat Khan sebenarnya tidak diketahui...

Wanita Bertudung Diminta Masak ‘Babi Panggang’

02/11/2021
0

JAKARTA: Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang. Lapor Suara.com, komen itu...

Next Post

SPR Nafi Dr. M Manipulasi Kerusi Ketika Perintah M'sia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd