• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tindakan Ke Atas Pembekal Cordyceps – KJ

oleh Ahmad Albab
30/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada tindakan undang-undang ke atas pembekal suplemen Cordyceps dicemari dengan dexamethasone, yang menyebabkan bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal ujian doping.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata bahan itu, yang diklasifikasi sebagai bahan terlarang oleh Agensi Anti Doping Sedunia (WADA) boleh diguna di luar pertandingan.

“Tidak, tak juga…Dexamethasone dibenarkan di luar pertandingan dan saya tidak rasa pembekal ubat itu sengaja meletakkannya kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Ia hanya kebetulan…tidak ada niat pada sesiapa pun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ASEAN Village di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Pemain berusia 33 tahun itu digantung lapan bulan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Bagaimanapun, hukuman penggantungan yang berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas itu berakhir hari ini. Beliau didapati melakukan kesalahan antidoping di bawah peraturan 2.1 Peraturan Antidoping BWF 2009.

Menurut laporan 12 halaman panel pendengaran BWF, sumber bahan terlarang itu berkemungkinan besar terkandung di dalam kapsul gelatin suplemen Cordyceps, yang diambil oleh Chong Wei sejak beliau berumur 13 tahun atas nasihat ibunya.

Sementara itu, Khairy menghormati keputusan Chong Wei untuk merahsiakan pembekal suplemen tersebut.

“Chong Wei minta melindungi identiti individu tersebut…Ya saya kenal siapa orang itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd