Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ustazah Ekspres… Kenyataan Mashitah...

Petikan: Kuala Lumpur Post dan Sinar Harian OnlineDatuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan hari...

Trafik Penumpang MAHB Meningkat...

KUALA LUMPUR – Rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), termasuk Sabiha...

Pemandu Lori Dijel Kerana...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah...

Semua 8 Jenazah Nahas...

JOHOR BAHRU - Kesemua 8 jenazah mangsa rempuhan ketika berbasikal lewat malam telah...

Tak Sambut Salam – Sultan Johor Menyampah Kat Ahmad Maslan?

Baginda tidak perasan atau sengaja tidak menyambut salam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan?

Itulah persoalan yang terbit di benak penulis Mynewshub kali pertama melihat sebuah video yang mula viral di media sosial malam ini.

Tidak diketahui bila dan di mana video berkenaan diambil.

Jika dilihat pada mata kasar, agak nyata Tuanku Sultan Ibrahim seperti seolah-olah mengelak dari menyambut salam Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian.

Portal-portal dan media pro-pembangkang dengan pantas mula memainkan isu itu dengan tajuk seperti Sultan tak layan menteri kuat tipu rakyat.

Kuat tipu rakyat mungkin dalam konteks kata-kata Ahmad Maslan pasal GST yang banyak berbeza dari sebelum ia dilaksanakan kot.

Apa pun, berbalik kepada isu pokok asal, agak mengelirukan juga apa yang dilihat.

Memalukan lihat gaya Ahmad Maslan itu, tertunduk-tunduk macam Sami Buddha.


Namun, apa yang sebenarnya berlaku hanya Tuanku Sultan Johor yang tahu.

Mungkin baginda tidak perasan atau mungkin baginda mementingkan rakyat biasa dan salam mereka disambut dahulu.

Andai bukan itu, maka Ahmad Maslan mungkin perlu mengadap baginda dan bertanya apakah baginda murka.

Saksikan video yang dimaksudkan itu.

(TERKINI: Ahmad Maslan Muat Naik Gambar Salam Dengan Sultan Johor)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori