• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Empat Lagi Pegawai Veterinar

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan empat lagi pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membantu siasatan kes menerima rasuah daripada pembekal.

Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias berkata, keempat-empat mereka turut ditahan bagi membantu siasatan kes bersubahat memalsukan dokumen tuntutan bekalan dan pembayaran program Pinjaman Induk Tanpa Faedah (Pintaf).

“Tiga pegawai ditahan di Muar manakala seorang lagi di Segamat. Kesemua yang ditahan hari ini berumur dalam lingkungan 40-an sehingga 50-an termasuk Pegawai Perkhidmatan Veterinar G36 dan Pembantu Veterinar G17.

“Mereka yang ditahan di Muar kemudian dibawa ke SPRM Melaka untuk diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azmi berkata, tangkapan terbaru itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan dibawah Ops Tanduk sehingga hari ini seramai 16 orang,

Menurutnya, kesemua mereka termasuk dua wanita telah dilepaskan selepas diambil keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“SPRM Johor melancarkan Ops Tanduk susulan aduan orang awam berhubung penyelewengan pembekalan lembu dan kerbau kepada program Pintaf.

“Program itu yang memperuntukkan RM3 juta merupakan program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi menyalurkan bantuan aktiviti pembangunan ternakan. Ia merupakan satu pinjaman tanpa faedah,” katanya.

Menurutnya, dianggarkan lebih 150 penternak di Johor Bsepatutnya mendapat bantuan dari program Pintaf tetapi ramai tidak menerima bantuan sewajarnya. – mynewshub.cc

Tags: Penjawat AwamSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin Jihad Islam?

Next Post

SPRM Panggil 153 Pemilik Kenderaan Diklon

Related Posts

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

Pemberi Maklumat: Fahami Prosedur Perlindungan, Jangan Dedah Pada Umum – SPRM

20/06/2025
0

Kuala Lumpur: Individu yang melaporkan secara terus sebarang maklumat salah laku kepada agensi penguat kuasa serta memenuhi kriteria dan syarat...

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

Seleweng Dana Lebuh Raya: SPRM Sita Barangan Mewah, Jongkong Emas Dan Alat Kasino Bernilai RM16 Juta

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita barangan mewah bernilai kira-kira RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian dan alatan...

Next Post

SPRM Panggil 153 Pemilik Kenderaan Diklon

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd