• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Akan Minta Polis Hentikan Ceramah Tanpa Kebenaran

oleh Ahmad Albab
23/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta bantuan polis untuk memberhentikan ceramah mana-mana calon atau parti politik yang tidak mendapat kebenaran daripada Ketua Polis Daerah semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh.

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata sehubungan itu, pihaknya menubuhkan enam pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) bagi memantau aktiviti sepanjang tempoh berkempen selaras dengan peruntukan Seksyen 27B Akta 5. Fungsi PP-KPR di bawah Seksyen 27E Akta 5.

“Selain permit ceramah, pasukan penguat kuasa juga akan membuat rondaan dan memantau aktiviti berkempen oleh calon atau ejen pilihan raya dan parti politik dan menurunkan bahan kempen yang melanggar Akta 5,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Ghani juga berkata pada hari penamaan calon Sabtu ini, SPR hanya membenarkan 100 wakil bagi setiap calon yang ingin bertanding masuk ke kawasan dewan penamaan calon.

Katanya, tempat penamaan calon akan dibuat di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam dan tempoh masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.

Abdul Ghani berkata sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelakkan sebarang percubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi tidak bertanggungjawab, dakwat pilihan raya akan digunakan dalam PRK Permatang Pauh pada hari pengundian awal iaitu 3 Mei dan pengundian biasa pada 7 Mei ini.

“Untuk PRK ini, SPR tidak lagi menggunakan kaedah mencalit seperti yang digunakan semasa pilihan raya umum ke-13, sebaliknya pengundi-pengundi perlu mencelup jari mereka ke dalam dakwat pilihan raya,” katanya.

Abdul Ghani berkata bagi memastikan proses penamaan calon berjalan dengan aman dan harmoni tanpa sebarang gangguan, semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin parti politik, calon bertanding, penyokong, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta mematuhi undang-undang, peraturan, tataetika dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon Barisan Nasional Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan proses penamaan calon bagi PRK itu pada 25 April manakala hari pengundian pada 7 Mei. – BERNAMA

Tags: SPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd