Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

15 Lagi Suspek Kes...

KANGAR - Seramai 15 lagi lelaki warga tempatan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung...

Shafee Mahu Pakar Australia...

KUALA LUMPUR - Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak bagi perbicaraan SRC International...

Angin Kencang Melanda Tawau

TAWAU - Angin kencang dilapor berlaku di daerah ini kira-kira 2 pagi tadi.Terdapat...

Kerajaan BN Tak Dedah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan...

SPA Tidak Pernah Lantik Pihak Lain Urus Pengisian Jawatan, Peperiksaan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan semua urusan pengisian kekosongan jawatan di SPA termasuk urusan peperiksaan secara online atau dalam talian adalah melalui SPA sahaja.

Dalam satu kenyataan di sini Isnin, SPA berkata pemakluman itu dibuat berikutan SPA telah mengesan penggunaan nama SPA oleh Ramon Bizz Enterprise di satu laman web yang mendedahkan contoh-contoh soalan peperiksaan bagi calon yang bakal menduduki peperiksaan secara online SPA.

Melalui laman web beralamat ‘http://ujianspa.com’ itu, calon yang berminat untuk menduduki peperiksaan percubaan tersebut dikehendaki membeli ‘pas’ berharga RM20 terlebih dahulu, katanya.

“Untuk makluman, SPA tidak pernah melantik mana-mana pihak bagi tujuan tersebut.


“SPA menjalankan semua urusan pengambilan mengikut tatacara yang ditetapkan di mana setiap soalan peperiksaan adalah ‘RAHSIA’ sehingga pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan mengikut standard MS ISO 9001:2008 dan MS ISO/IEC 27001:2007,” menurutnya.

Sehubungan itu, SPA telah membuat satu laporan polis dan semua pihak berkepentingan dinasihatkan tidak terpedaya dengan iklan tersebut serta disaran untuk merujuk sebarang urusan peperiksaan secara online dengan SPA secara terus.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi SPA di talian 03-88856000/ 03-88856064/ 03-88856098 atau melayari laman web SPA di www.spa.gov.my. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori