• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Kemuncak BIMP-EAGA Ke-11 Dan IMT-GT Ke-9 Bermula Hari Ini

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Sidang Kemuncak Ke-11 Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak Ke-9 Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) bermula di sini hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

Diadakan sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 yang berakhir semalam, perbincangan secara berturutan yang dijadual separuh hari itu dilihat amat penting susulan BIMP-EAGA dan IMT-GT telah menjadi platform bagi integrasi sub-serantau yang secara langsung akan menyumbang kepada usaha merealisasikan integrasi ASEAN.

Pemimpin BIMP-EAGA akan membincangkan perkembangan inisiatif sub-serantau pada Sidang Kemuncak Ke-11 BIMP-EAGA.

Tonggak inisiatif ialah jalinan hubungan, pelancongan, alam sekitar, sosio-budaya dan pendidikan.

Sementara itu, antara isu akan dibincangkan pada Sidang Kemuncak Ke-9 IMT-GT adalah mengenai kaedah untuk mempercepatkan transformasi ekonomi di wilayah-wilayah kurang membangun dalam sub-serantau.

Pemimpin juga akan membincangkan tentang kemungkinan pembinaan jambatan tambahan antara Malaysia dan Thailand dan kesediaan negara-negara dari segi kastam, imigresen dan pihak berkuasa lain.

Kedua-dua sidang kemuncak itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, Presiden Filipina Benigno S. Aquino III dan Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-ocha menghadiri kedua-dua sidang kemuncak itu.

BIMP-EAGA ialah inisiatif kerjasama ekonomi subrantau di Asia Tenggara dengan visi untuk merealisasikan pembangunan ekonomi mampan dan penerimaan sosial selain pembabitan penuh subrantau ini dalam proses pembangunan ASEAN.

IMT GT, yang dibentuk sebelum BIMP-EAGA, mempunyai empat projek penting yang akan menyumbang kepada Komuniti ASEAN tahun ini iaitu Inisiatif Bandar Hijau; Zon Khas Ekonomi Sempadan; Operasi RoRo Melaka-Dumai dan Penyambungan Tenaga Melaka-Pekanbaru. – BERNAMA

Tags: ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd