• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sidang Kemuncak Asean Ke-26 ‘Sangat Positif’ : Najib

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sidang Kemuncak ASEAN sebagai positif berdasarkan minat mendalam untuk melihat kumpulan 10 negara anggota itu muncul sebagai komuniti yang padu.

“Kumpulan sepuluh negara anggota itu sudah pasti mempunyai perbezaan, namun perbezaan itu boleh ditangani,” katanya.

Beliau menyuarakan keyakinan bahawa ASEAN akan bergerak ke hadapan secara lebih padu dan bersatu.

“Saya yakin tahun demi tahun akhirnya konsep ASEAN sebagai sebuah komuniti akan menjadi lebih kukuh dan lebih bermakna,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-26 di sini, Isnin.

Sidang kemuncak dua hari bertema ‘Warga Kita, Komuniti Kita, Visi Kita’ berlangsung di Kuala Lumpur dan Langkawi, Kedah.

Dalam ucapan para perasmian sidang kemuncak itu pagi ini, Najib berkata 2015 merupakan tahun bersejarah bagi ASEAN dalam merealisasikan hasrat mewujudkan komuniti tunggal menjelang akhir Disember.

ASEAN secara kolektif bertanggungjawab merangka dokumen pelan tindakan bagi mewujudkan Komuniti ASEAN, katanya.

“Ini akan menyediakan asas untuk kita mengukuhkan perpaduan dan integrasi kita dalam tempoh 10 tahun akan datang, sehingga 2025.”

“Inilah dua tanggungjawab penting untuk merencana masa depan yang berani, inklusif dan berpandangan ke hadapan bagi ASEAN dan warganya,” katanya.

Ditubuhkan pada 1967, ASEAN terdiri daripada Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

Tags: ASEANNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd